18 September, 2007

Nasi kerabu (dan rencah-rencahnya), budu, ulam, ayam percik, daging goreng kunyit, ikan goreng, nangka masak lemak putih, murtabak, kuih vadai, popia,

kuih che’ mek, tauhu sumbat, puding roti berlapis pisang, puding & jelly, bubur kacang hitam, buah langsat, air tebu, air teh.

IN ATTENDANCE:

Atuk - tuan rumah

Cik Joy - the free spirited legal advisor yang selalu kena advice heheh..

Cik Mod - memang moody, if travel away from home, boleh tahan tak berak sampai balik rumah.

Pak Ngah - Mak Ngah & anak2 tak ikut. Pak Ngah cakap Mak Ngah senggugut, tapi aku rasa dia yang melalut, never ending mid life crisis since 1992. Mak Ngah maybe tak tau pun ada makan-makan kat rumah atuk. Aku rasa.

Mama & Papa, Aku & Dinie, Lily (bride-to-be 27/10/07, InsyaAllah, kalau dia tak lari dari rumah), Adik - pengidap SLE tegar, orang dah pesan tak payah puasa, bakal memudaratkan, degil!

Cik Izan & Cik Zizah
Along (setan A), Eda (setan B), Ima (dia ni google bergerak, kitorang bagi nama manja - Moogle)
Afiq & Afar (pembunuh kucing bersiri. Masa kecik2 habis anak2 kucing kat kampung mutilated by them)
Amal (pitching suara tinggi giler, kalau diasah bakat, bakal menggantikan Sarah Brightman)Aiman (Along’s son, Dinie & Amal’s bodyguard. Taiko besar ni!).

Cik Yot & Cik Wahab, Abang (Mat bunga), Uwa, Alia, Shasha (family scanner – boleh nampak benda-benda halus, serious horror).

Cik Tit (cook of the day), Ayah Din (got to know dia kena lung infection, refused hospital admittance, a strong believer in self-healing...hmmpphh!), Izat (Mat Belia), Nabila (pencinta lelaki), Nasuha (muka iras Rihanna, sumpah!).

Cik Man & Cik Ida, uurr....dan anak-anak (sorry aku tak ingat nama-nama kamu!)

Moksu - selalu kena rasuk setan, dituduh orang2 taman perumahannya sebagai pengamal ilmu hitam, hingga menyebabkan pesaingnya mati. Puhhleezzzz.....kalau makcik aku seperti yang kamu tuduh, bakal sunyi taman perumahan kamu. Boo!
Poksu, Syifa, Azam (musuh ketat Lily, dendam sampai mati), Auni.

ABSENTEES:

Dato' H.
Pak Long & family.
Mak Ngah & kids.

Last Saturday, around 5 am, sewaktu aku tengah menjamah roti dengan tergesa-gesa, nak kejarkan Imsak, Cik Tit hantar SMS menjemput semua family pulang ke kampung untuk berbuka - her treat. Yay...makan sedap! Tangan kanan menyumbat mulut dengan roti, tangan kiri reply SMS: "'on the way!"

Aku dan Dinie reached rumah atuk dalam pukul 6 petang. Peerrgghhh...the minute I enter the house, aroma makanan menusuk cerobong hidung. Perut aku tetiba pedih....jus gastrik melimpah-limpah, memberi amaran bahawa protes lapar bakal berakhir sebentar lagi!

Ooooo.....lihat tuh....ayam percik disaluti gravy yang pekat dan lazat.
Aaaaa...bubur kacang hitam favourite aku, mama yang masak ke?
Mmmmmm......tak sabar nak rasa puding roti, Eda's specialty.


6.50 pm. Sibuk. Susun tikar, Isi lauk pauk dalam mangkuk, susun makanan, pinggan & cawan.
"Air basuh tangan mana? Nak senduk lauk pakai jari ker?" Mak aku teriak dari dapur. Hisshh...nampak ajer silap kami. Dahh...siap!


7.14 pm. Calm down my growling stomach. 60 saat lagi.
"OK, budak-budak 12 tahun ke bawah, sekarang boleh amik nasik, lauk & air, makan kat atas, depan TV, jap lagi High School Musical 2 nak start.!"
More space for adults nak melahap kat bawah. Brilliant!


7.15 pm. Silence. Semua menadah tangan dikala Atuk membaca doa berbuka. Amiinnn....
Aku capai buah kurma Yusof Tayub kat depan mata..chew...chew...chew...
Aku teguk air teh panas...gulp..gulp..gulp..
The rest as you know it is history.....Sedap GILER!! Puas aku makan malam tuh. Rasa tak nak berenti makan.
Sebenarnya kalau makan sambal sardin pun sedap jugak, sebab makan ramai-ramai. Kalau aku makan sorang, hidang la ayam golek sekali pun, selera dan nafsu makan tak sama. Ada kureenngg skit.
Lagi satu, bila ada perkumpulan macam nih, macam-macam cerita yang keluar. Catching up with one another..apa cerita...what's hot and what's not. Tempat yang paling afdal nak berborak:

1) Depan sinki - masa basuh dan bilas pinggan
2) Bilik Cik Joy - bila ada cerita2 sensitif yang tak bleh sampai ke telinga orang tua
3) Atas tangga - in between rumah depan dengan rumah bawah
4) Untuk yang veteran, selalunya lepas sembahyang berlonggok kat rumah bawah


Antara sedutan perbualan2 minggu lepas yang aku sempat cekup:

PERBUALAN KAT RUMAH BAWAH

Aku: Apsal Cik Man makan sikit jer ari nih? So unlike you.

Cik Man: Cik Man tak sihat, somethings not right with my intestines. Tak boleh makan byk, nanti muntah.

Aku: Hmm. Cik Joy, I saw what you did to baju nikah Lily...nice! Betul ker ko yang jahit pearl tuh kat leher baju? Ko antar tailor kaaann.....

Cik Joy: Toloonngg skit...aku turun 2 kg jahit pearl tuh ko tau!

PERBUALAN KAT DEPAN SINKI

Along: Kak En, along dah baca blog, sampai kat gambar yang Dinie lukis, dia naik kereta ngan bapak dia, I cannot help it, Along nangis. sedih Sial!

Aku: Hmm. Eh...ko dah dengar tak lagu Anuar Zain, Lelaki Ini, boleh tahan aarr..

Aku, Lily Eda & Ima nyanyi ramai-ramai - "Lelaki ini yang selalu mencintaaaamuuu...selaluuu..tanpa ragu"

Eda: Adik mana?

Lily: Kat bilik, tidur, sakit kepala. Degil, dah tau sakit nak puasa gak. Weeii...ko tau tak si Coco baru-baru nih call aku...ada emergency, ter 'accident'. Nanti aku cerita kat bilik.

PERBUALAN BUBUR CACAR

Cik Joy: Kak, orang dah beli kipas 1000 pcs, nak bagi tetamu, for Lily's wedding.

Moksu: Kak, takkan nak bagi kipas jer...kita bagi skali dengan bubur, letak dlm bekas plastik.

Lily: Bukan kita dah agree nak bagi tapai kan? Apsal nak bagi bubur plak?

Cik Tit: Tak pun kita bagi kipas ngan buah, lagi senang!

Lily: Can we just stick to the plan....

Cik Zizah: Aku mungkin takde waktu wedding tu laa.. 27th kan? Sekolh baru announce nak buat graduation kat PWTC on that day. Camner nihh?

Moksu: Laaa..kak...sape nak masak makanan pengantin? Takleh ganti orang lain keerr? Kak, dah start jemput orang lom?

Mak Aku: Lom...lambat lagi laa...relek arr..

Cik Yot: Kak, biar cepat, nanti kalau dah last minute, ada yang terlupa, kecik hati pulak tak jemput.

Aku, Eda Ima, Along - tersengeh macam kerang busuk. Lily muka macam nak menangis pun ada, stress!

9.30 pm. Kami bergerak balik. Ingat nak tapau makanan for sahur, gagal, langsung takde belen. Licin! Bagus, takde pembaziran. Alamakk.... sahur roti lagi laa aku...

3 comments:

Ari said...

Perbualan depan sinki! Hahahaha.. very typical, aku dan sepupu2 pun ada mengamalkan :)

Anonymous said...

Bestnyer orang ader atuk ...
Typical malay culture ...
Satu jer tak der... Story from Atuk

Sunti Suntilah Suntut said...

Ari,

If that sinki can talk... : P

 

design by suckmylolly.com