10 August, 2009

“Ah, yes, divorce ... from the Latin word meaning to rip out a man's genitals through his wallet." - Robin Williams



Kita akan sambung dengan topik kita iaitu "Divorce 101 - Guidelines for Dummies' - Part 2.

Sebelum tuh, mari kta recap balik pelajaran yang lepas. Kita dah faham definasi perceraian, hukum2 cerai, bentuk lafaz talak dan jenis2 perceraian. We shall now proceed to - jenis2 talak.

1) Talak Raj'ie - talak satu & dua. Boleh rujuk dalam tempoh iddah, no need akad & mas kawin.

2) Talak Bain - cerai yang tak boleh rujuk dlm tempoh iddah. Mesti kena akad & mas kawin yang baru. Talak bain ada 2:

a) Bain Sughra (kecil) - when hubby divorced the wife dengan talak Raj'ie, tapi tak rujuk dalam tempoh iddah. Ex-wife dah habis iddah baru gatal nak balik, so kena akad & bagi mas kawin yang baru. Padan muka kaaannn.....
Bain Sughra also merangkumi kes cerai sebelum sex, sebab 'ila,fasakh dan khulu' (tebus talaq) dan pertukaran agama suami isteri.

b) Bain Kubra (besar) - Ini kes talak 3. Yes! Suami tak bleh rujuk or berkahwin semula dengan sang isteri tadi melainkan these syarat has been fulfilled:

- Setelah selesai iddah isteri itu.
- Bekas isteri berkahwin dengnan lelaki lain.
- Suami kedua menyetubuhi bekas isteri itu.
- Suami kedua menceraikan si isteri.
- Selesai iddah dari suami yang kedua itu.

Nih yang jadik kes Cina buta laa....upah nikah laaa...hissshh!!

3) Talaq (Faraq) Bain Muabbad (kekal) - perceraian yang disebabkan oleh Li'an. No way no how boleh kawin balik....forever and ever, until when when!

4) Talaq Sunnah (Mengikut Sunnah) - talaq yang digalakkan oleh syarak dan menurut adab yang telah ditentukan. Makna kata talak yang dijatuhkan sang suami dengan betul tertibnya. Contoh, jatuh talak satu dulu, tak jatuhkan talak ketika haid atau nifas etc...etc..

5) Talaq Bid'ah (Tidak Mengikut Sunnah) - totally the opposite statement di atas. Contohnya mentalakkan isteri dengan talak tiga sekaligus, atau mentalakkan secara berturut-turut 3 kali dalam satu majlis sebelum sempat tamat iddah bagi setiap satu talaq, atau mentalakkan ketika keadaan haid atau nifas atau ketika masa suci tetapi telah disetubuhinya. Ini kes jantan2 yang gelojoh & bodoh agama sajerr!

Last topic would be Iddah.

Definition:
a certain period of time yang isteri perlu lalui setelah bercerai (cerai hidup or mati).

Jenis-jenis Iddah:


1) Iddah Talaq - Iddah yang disebabkan oleh perceraian. Tempoh iddahnya adalah sehingga 3 kali suci.

2) Iddah Wafat - Iddah bagi seorang isteri yang kematian suaminya, iddahnya adalah empat bulan sepuluh hari.

3)Iddah Hamil - Iddah bagi isteri yang diceraikan semasa beliau sedang hamil. Iddah isteri yang hamil ialah sampai beliau melahirkan anak.

4)Iddah Kehilangan suami - Bagi seorang isteri yang kehilangan suami dan tidak mengetahui di mana suaminya berada, iddah isteri tersebut adalah empat tahun lamanya, dan setelah cukup empat tahun maka hendaklah dia beriddah lagi selama empat bulan sepuluh hari.

Secara umumnya wanita yang telah diceraikan oleh suaminya berhak menuntut nafkah dalam tempoh Iddah. Makna kata, masa dalam iddah, isteri berhak mendapat nafkah sama seperti masih bersuami. In most cases however, bab yang nafkah iddah neh, ramai lelaki2 yang tak ambil peduli. Maklumlaaa...dah dapat kebebasan, apa lagi nak bayar2 nehh...yek!

Actually banyak lagi nitty gritty detail yang berhubung kait denagn cerai nehh. Harta sependapatan, nafkah tertunggak, nafkah anak2, hitu laa..hinilaa...macam2!

Perceraian, bukan benda remeh bai. Kalau cuma melibatkan 2 orang yang baghal ittew, takpe arr kan, tetapi anak2 mereka yang sangatla tak bersalah pun kena jugak tempiasnya. Tapi kalau dah tertulis takdirnya begitu....guano...berserah sajer!

Sekian sahaja tazkirah untuk kali ini. Sebarang pertanyaan boeh diajukan kepada Jabatan Agama Islam negeri masing2. Terima kasih.

2 comments:

Anonymous said...

Stage Ustazah pada hari Isnin ...
Memang kelass....

Kenapa Laki tak der Iddah,Ustazah ?

Sunti Suntilah Suntut said...

Lelaki takde iddah sebab they just simply cannot keep their birds in the nest. Mencanak ajer....

 

design by suckmylolly.com