Aku dan aku percaya a few of my friends also, ada satu kegilaan pada lelaki yang pandai main gitar. Biar tak macho, tak hensem, tak pandai, tak gentle pun lelaki tuh, dia tetap nampak cool. Lagi mantap kalau kesemua ciri-ciri di atas ada pada lelaki tuh, perfect!
Pernah, once upon a time in Sheffield, nak cuba belajar main gitar, lagu Rod Steward. Well, the fact that I have jari jemari yang tembam dan pendek, menyukarkan proses pembelajaran. Suppose tekan satu string, tapi satu jari aku boleh cover 3 string sekaligus, power tak power!
Dah lama aku tak rasa kegilaan tuh (pada gitar, lelaki dan lelaki yang pandai main gitar), only recently kat Kuching, perasaan tuh datang menjenguk..CAKK!!
On my fourth day kat Kuching, Monday nite, we went to this local pub, The Cottage, nak jumpa kawan auntie aku. She works there as a pub singer (after dia divorce dgn jantan yang tak reti nak jaga family, lagi boleh isap dadah!). Auntie Ana kerja untuk sara diri dan anak yang masih bersekolah. Semua cousin aku and adik beradik aku pernah jumpa dia, this is my first. Macam-macam cerita pasal auntie Ana aku dah dengar, so aku memang teruja sangat nak jumpa dia and dengar dia nyanyi.
We arrived there at about 10pm, she and few of her friends were sitting outside the pub, taking a break. When I saw her face from far, aku macam tak percaya yang dia nih berumur 40+ and ada anak lagi. Still ranggi! Tapi, bila aku pergi dekat-dekat nak salam dengan dia, aku baru notice, those fine lines around her eyes, indication of tiredness, possibly sorrow...
She was literally jumping around, very happy jumpa semua orang.....dah lama tak jumpa kengkawan..dia kata. Then, dia kenalkan dia punya collegue kat kitorang.
"Uncle nih nyanyi sama auntie, nama dia Safar Ghafar".
Safar Ghafar??? Macam pernah dengar jeerr....iya laaa...mamat nih dulu-dulu ada masuk Bintang RTM, dia dapat nombor dua, kalah ngan Ramlah Ram! Okey...salam...salam..
"Yang nih uncle Haron, dia main keyboard".
Okey...salam..salam...
" Yang nih plak, nama dia GG, dia main gitar".
Haaa...yang nih aku berminat nihh....salam lama skitt! Nasib baik bukan uncle type....sebaya ngan aku plak tuh....baguss!! Aku nak elaborate pasal mamat nih. GG nih native Sarawak (Iban), tinggi (elleh...semua orang pun tinggi dari aku), kepala shave botak licin (kewl), kulit cerah, and of course yang paling menarik minat aku, dia main gitar dengan superbnyeeerr...superb gilak..really...superb!! Not only can he play guitar (8 & 12 strings, guitar kapok & guitar karan), he can also play traditional instument like sapek and a few others yang aku tak berapa dengar apa dia cakap. Ohh..he also play violin. Basically, any instrument yang ade string...bertali...dia sapu bersih arr.
Anywayss...diorang habis break, all of us went inside. Pub nih kecik jeer...intimate surrounding, ada satu pool table, satu bar and a few tables. Aku rasa macam kelakar plak, pub dia agak sunyi (weekday koott) tak macam kat KL nih. So we took our seats, ordered drinks, and diorang pun start balik perform.
OMG!!! Auntie Ana...her voice....DASYAT!!!! Aku rasa macam nak pergi cabut bunga-bunga kat trafic light depan Waterfront tadi, nak bagi kat dia. Safar Ghafar tuh tak payah cakap laa...dapat second place Bintang RTM, ko ingat senang ker nak masuk Bintang RTM, apa lagi nak menang! Bukan macam AF.....cute skit dapat masuk! Ada sikit rasa kesal dalam hati aku sebab diorang nyanyi memang best, tapi mungkin sebab faktor umur dan kurang exposure, diorang tak popular, susah nak carik makan, terpaksa settle dekat pub kecik nih.
One thing aku rasa diorang boleh kasi 'up' skit....diorang punya song selection. Aiiyyoo...I tell you, uncle Safar nyanyi lagu-lagu lama, lagu-lagu Indon, kitorang tak bleh nak relate. Aku especially, takleh nak feel langsung. Nasib baik ada GG...walaupun aku takleh nak connect dengan singer...aku still bleh connect and acknowledge yang mamat nih memang expert musician. Lagu yang boring pun dia bleh kasik tak boring (bias opinion).
Thank god untie Ana nyanyi lagu-lagu yang contemporary skit! Dlm banyak-banyak lagu dia nyanyi, bagi aku yang best ada 3 songs: Kris Dayanti - Menghitung Hari, 4 Non Blondes - What's up and Mayang Sari - title tak tau...ala yang Amy Search nyanyi balik tuhh ...
"tiada lagi aku harapkan...tiada lagi aku impikan...".
Meremang bulu tengkok dengar dia nyanyi....giler best!!
GG....GG...GG.....mata aku tak lepas pandang jari jemari dia mengulit tali-tali gitar, mengalun irama muzik yang memang best lahhh!! Aku rasa byk kali gak aku menganga tengok dia menggoreng. Waaaaaaaaaaaa......
Dia main gitar memang TAK sebijik macam dalam CD...tu yang best tuh. Kalau setakat nak main sama macam komposisi lagu asal, baik dengar CD jerr. Dia kreatif dalam mewarnai lagu-lagu yang dimainkan. Lagu yang familiar jadi asing. Peerghhh....best!
About 12.15 am, jamming session habis. Kitorang semua lepak kat luar, pub dah nak tutup..huh?? memang gelak besar aku. Auntie Ana cakap weekday close at 12.30, weeekend at 1.30 am. Kalau diorang bukak sampai subuh pun, mana ade orang datang, bukan macam kat KL. Betul gak. It was raining, lebat giler. Mesti bomoh hujan punyer kerja nih. 3 hari dia tahan supaya tak hujan (rainforest punyer pasal), ini malam dia kasi hujan kaw-kaw punyer! Since our ride belum sampai, so kitorang pun borak-borak. Aku pun apa lagi, dengan kadar segera, duduk sebelah GG and puji dia melambung-lambung. Dia senyum jeeerr. Tak payah aku mintak, dia keluarkan Gambus Mandolin dari bag yang tersandang kat bahu dia, and start playing.
Terus, aku tutup mata dan hilang...hemmmm...cair sioot!!
Hujan...biar...beri aku sikit masa lagi...
I got to know, dia dah kawin, ada anak, main kat pub nih just part time, carik duit lebih. Siang dia kerja kat Kementerian Kesenian dan Kebudayaan. Aku curious kenapa dia tak nak pursue habis-habisan kerjaya sebagai musician nih? Sekarang bukan zaman P. Ramlee, ahli muzik tidak lagi di pandang remeh, cikai, miskin, takde kelas. Bertoya-toya aku bentangkan hujah mengapa dia kena keluar dari Bumi Kenyalang dan menapak ke Semenjung if he wants to progress and widen his knowledge.
Jawapan yang dia bagi, memang betul-betul menyentap hati -
"Mak kamek dah tua, kamek sik sanggup maok ninggalnya sorang dirik".
OK.
Aku faham.
Pagi tuh aku pulang, berasa puas, bersyukur dan insaf.
19 July, 2007
SMITTEN KITTEN...MEOW!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Lepas geram betul kau pegi Kuching ye...
Sebagai seorang yang sudah lama dikenali sebagai perempuan 'gitaristik', aku excited gile baca cerita kau. Kalau aku ada kat situ, aku confirm sama naik menggatal dengan si GG tu! Confirm confirm punya!!!
Syabas Dr Sahab!! Aku mengilai macam pontianak sorang-sorang dalam opis baca cerita nko nih… Bukak-bukak aje dah terbaca pasal silau tu!!! Kihkihkih… Mental picture-mental picture!! Sure orang lain ingat aku dah jadik juling & biol sebab lama sangat menengok monitor computer ni. Memang best hingga menjilat keyboard!! Eh… silap… yang juling camtu bukan aku… tapi Singa dalam cerita Daktari (ingat tak??!!) ngan nko jer….lol!!
Ni bila pulak nko pegi Kuching ni? And I didn’t know you’re smitten over guys with guitar “literacy”… May be aku lupa… Iya la… zaman kat Sheffield dah 8 tahun yang lampau… zaman bersekongkol ngan nko & kengkawan lain kat Sheffield lagi la… tambah lagi setahun lebey.
Tapi aku kagum la ngan nko sebab ada daya, usaha, masa dan upaya untuk memblogkan diri nko, macam kawan-kawan kita yang lain tu. Sekali lagi… SYABAS INSPEKTERRR SAHAB!!
Nko jangan laaa… Memang Safau Ghafau (macam mak aku sebut dulu…) tu suaranya sedap….Tapi nko pun apa kureng nye… membuatkan aku termotivasi nak mensumbangkan suara ku kembali… Sat lagi, time kepala otak dah dekat nak berulat ngan keja… boleh le aku raba-raba switch lampu pentry bawak lembu ngan tali (Winston ngan api le)… pegi abuse gitar kuno aku yang semakin ketandusan attention tu…
Tapi nko lak takkan nak jerit-jerit dalam ofis nko tak?… Kang melotup lak gas-gas bukan nadir tu semua.
Sori la Noen… since aku antara the first few yang mengomen kat dalam blog nko nih… aku tulih la panjang skit… boleh ek? Nak buat blog sendiri maleh… KUDOS!!
Botak? Mamat tu botak? He he... drooling...
Dengkinya aku ko pergi RWMF! Dapat jumpa si botak yg kewl pulak tuh kat kuching...alahai...
Botak........kewl!
Main gitar...kewl!
Dah kawin ada anak.....terus LEMAU!
well...you cant expect him to be perfect, can u? pandang dari dalam hati je lah...
Post a Comment