09 August, 2007

NASIK LEMAK SAMBAL SOTONG SATU!!

"Dah makan?"

"Dah makan lom?"

"Gi makan dulu."

"Nape tak makan?"

"Pergi makan!"

"Hujung minggu nih kita barbecue rumah atuk, nanti nak pergi Pasar Borong orang call."

"Nak masak aper arr?"

"Restoran yang baru bukak tuh ok gak, nanti aku bawak ko pergi."

"Mak Lang masak aper?"

"Kak, Ina rasa macam nak makan lala, nanti Ina gi Port Klang beli, akak masakkan bleh?"

Perbualan / perbincangan / topik hangat dalam famili aku selalunya tak lari dari isu-isu yang berkait rapat dengan MAKAN.
Excerpt perbualan di atas .... just tip of the iceberg darling!
Tak tau laa macamana nak mengikis dan ultimately menghapuskan tabiat makan berlebihan dalam keluarga aku nih. Aku rasa, isu nih dah boleh dianggap sebagai penyakit keturunan! Bloody serious!
Apa taknyer...pass certain age.....badan masing-masing membelon....tak hingat!!

Jangan mimpi la nak beli baju size XS lagi.
Lupakan saja seluar jeans Levi's ukur lilit 27 inci.
Kasut tinggi size 4, don't even touch!

Goodbye petite clothing!
Hello Big Brown Bag!

Adusss!!!

Penyakit nih, in my opinion, berpunca dari tabiat atau kata mat salleh, habit, kebiasaan atur cara hidup yang consistently menyumbang kepada gejala belon membelon ini.

Contoh terdekat yang boleh aku kongsi bersama - mak aku. Kebiasaannya, bila ada tetamu datang rumah, after exchanging pleasantries, soalan pertama mak aku tanya...."dah makan?"

Nah! Lihat! Apa kejadahnye soalan tersebut?
Kenapa dia tak tanya "apa hajat datang kemari?". Tak pun "lama tak nampak, pergi Umrah ker?". Noooooo...not my mother. Sebagai Chef Diva keluarga, soalan-soalan yang diajukan mesti berkait rapat dengan makanan atau yang setaraf dengannya.

Biasanya sebagai tetamu, standard reply "Dah makan makcik, jangan susah-susah!"

TEEEETTT!! WRONG ANSWER!!

Mak aku The Chef Diva tak akan terima jawapan cenggitu! Reject!
Actually, apa jawapan pun kamu beri, she will insist kamu makan gak kat rumah dia. Tak kira la kamu baru makan nasik kandar 5 pinggan dan perut kamu macam nak pecah...don't care one!
She taiko maa...who dare scold her!
They were times, when we, adik beradik, tak sampai hati tengok kengkawan yang datang rumah kena torture dengan mak aku, selalu kami berpesan - "Ko datang rumah aku bawak perut kosong tau, nanti mak aku kecik ati ko tak makan!"

Tu baru mak aku, belum makcik-makcik aku yang 6 orang lagi tuh!! You can't even imagine the horror that I have to put up with all this while. Kalau tak makan kecik ati. Kalau makan skit, nanti bagi impression yang diorang masak tak sedap lak. So, nak tak nak, kena laaa makan banyak. Aku tak nak di anggap sebagai pengkhianat keluarga, membelakangkan adat resam keturunan sendiri. Aku mesti akur.

Seee....seee...

Aku bukan tak nak diet...memang tak boleh!! So just shut up about it already!!
Urrgghhh!!

6 comments:

Anonymous said...

Weh... kenapa?? Ko sedey ker ko tak muat baju size kanak2 lagi?

Or you safd because you have to go to plus size shop lately??

Muahahahahaahhahahahaha!

Anonymous said...

uwaaaaaaaa fammily aku pon camgitu.. camna nak kurus ..uwaaaaaaaaaaaaaaaa...

Ari said...

Hehe...mak kau memang best. Kat rumah kau, aku sentiasa lapar. Unlike others, aku mesti jawab "nak, hehe...", tak payah jemput kaki aku dah menuju ke dapur.

Teringat cekodok cicah sambal udang mak ngkau, yummy...

Tapi hal ngkau ni, aku cuma mampu menggeleng kepala dan cakap, "ish ish ish.... sudah-sudah ler mencari alasan, terimalah kenyataan, walau pahit mana sekalipun, yang kau tu memang SUKA MAKAN"

Adik2 ngkau kurus ape...

Muahahaah...

Sunti Suntilah Suntut said...

ye laaa....
aku tak suka membazir...
membazir tuh kawan setan...

weeii..
adik2 aku kurus sebab diorang lom pass that age where you just can't simply rely on metabolisme sahaja!
Tungguuu......

Anonymous said...

tipu! tipu! ko sorang je yg gemuk...aku still lg pakai baju xs ape...jeans size 25 ok...kak lily ye la dah gemuk, siap pakai lotion halia lg nak kecikkan kaki...wakaka! aku pakai kat perut je sbb buncit sket, tu pun sbb i'm on steroid...tp kalau ko pakai lotion halia tu aku igt 3 hari dah abis sbb kena cover byk area! hehehe...

Anonymous said...

u girls not fat lahh ...curvy skit jer
anyway ..A study shows that men likes men with a bit of flesh ...Oppps i was talking about Gay lah plak ....MUAHAHHAHAH

 

design by suckmylolly.com