08 August, 2007

Aku nak gi clinic, amik pil tidur....wargghhh...

Semalam aku EL (emergency leave). Sajerr...malas nak gi kerja!
Actually the night before aku takleh tido...aku terlalu engrossed dengan naskah yang aku baca - "Harry Potter and the Deathly Hallows".
I fell asleep around 4 am. So, bila alarm bunyi at exactly 5.30 am, aku takleh nak bukak mata, kepala pusing, my brain refuse to give the routine orders to my body and its parts.

Me...reading Harry Potter! Pelik!
Aku cuma baca buku-buku romance, cerita-cerita fantasy with happy endings. Mesti berkisar tentang lelaki-lelaki hebat, egois, kacak, kaya dan of course, heroin yang lemah, pasrah dan mengalah.

Me...reading Harry Potter! Pelik!
Not that cerita dia tak menarik, it was engaging in fact! Cuma mungkin aku bukan follower Harry Potter dan aku tak pernah baca buku-buku J.K. Rowling sebelum ni.

Pernah dengar Mills & Boon? The infamous publisher? Tak pernah?
Sad...real sad....

Seingat aku, as early as 12 years old, maybe earlier, aku dah diexposedkan kepada buku-buku romance nih.
Thanks to my aunties yang pada masa itu menggalakkan aku untuk membaca buku-buku English, regardless the content. Intention mereka memang bagus, execution....questionable...hehehe...

Aku ingat lagi, makcik-makcik aku dengan tekun dan teliti akan membalut cover buku-buku M&B yang ada in their possession. Reasons:

1) Mak aku tak berapa approve diorang nih baca buku-buku yang berunsur separa lucah dengan gambar cover yang memberahikan. Kalau dia tau aku pun baca jugak...confirm kena sembelih.

2) Kalau datuk aku jumpa buku-buku camni dalam rumah...lagi naya! Ada posibility dia suruh makcik-makcik aku mengucap balik depan dia...you know...just in case! Datuk aku imam extremist...dulu laaa...sekarang dah Hadhari.

3) Kalau nenek aku jumpa....dia pulang balik...nenek aku kewl!

Imagine, 12 years old, aku baca buku-buku yang title dia macam nih:

- Steamy Surrender
- A Delicate Finish
- Cooking Up a Storm

The cornier the title, the better! Aku betul-betul rasa privileged! Kamu kena faham, aku cuma dapat peluang begini masa cuti sekolah jer. Cuma waktu cuti sekolah sahaja aku balik kampung dan bergaul dengan makcik-makcik aku yang separa dewasa dan tengah menggedik.

Bukan senang aku nak join "Auntie's Book Club" nih. Banyak pantang larang, cubaan dan rintangan yang aku lalui. Banyak jam aku kena jadi jaga, jadi mata-mata diorang supaya tak kantoi dengan mak atau datuk aku.

Buku-buku M&B nih pada masa tuh terlalu valuable, harus dijaga supaya tidak jatuh ke tangan musuh (mak aku & datuk aku) yang boleh mengganggu gugat keamanan dunia fantasi mereka.

To be a member of "Auntie's Book Club", I have to abide by the rules which govern the usage, handling and safe keeping of the books.

Rule no 1:
Nak dapatkan access kepada buku-buku yang sedia ada, ahli baru perlu ada buku yang dia boleh offer as a trade. Paham tak? Maknanya, aku kena beli satu buku, and that book mestilah se'genre' dengan koleksi buku mereka. Only upon approval, aku boleh trade buku aku dengan buku-buku diorang. Contoh - Kalau buku 'Merpati Putih terbang Lagi' - reject! Kalau buku 'Permata yang Hilang' mungkin di consider lagi.
Aku terpaksa kumpul duit belanja, sedikit demi sedikit, just to buy one book. Punya bersungguh!
Rule no 2:
Buku yang di ambil dari koleksi, mesti dipulangkan dalam keadaan asal - preservation is utmost important! Takleh lipat, kelepet, tanda atau conteng. Haram!
In the event that buku hilang, kena ganti dengan 2 buku baru.

Rule no 3:
Kenali musuh anda. Sentiasa berwaspada. Jangan, in any circmstances, cuba berlagak berani dengan membaca buku-buku M&B depan musuh. Jangan. Kalau kantoi, tanggung sendiri! Kalau buku kena confiscate, ganti! Membaca di tempat yang tersembunyi amat digalakkan. Tempat-tempat yang highly recommended:

- bawah pokok rambutan belakang reban ayam
- bawah rumah dekat area nenek simpan periuk belanga & kawah
- dekat kolam ikan
- dalam jamban atau bilik air

Those were the days of our life....best gilerr! Aku...budak umur 12 tahun....dapat baca buku-buku M&B when other kids of my age tengah gila baca buku Nancy Drew, tak pun Hardy Boys.....aku memang kewl!

Me...reading Harry Potter! Pelik!
Actually, malam kelmarin, kalau takde naskah Harry Potter tuh, I reckon I can read almost anything and everthing under the sun. Anything! Even a manual handbook on 'How to Operate a Washing Machine' pun aku akan baca.

Just so I don't think of you.

5 comments:

Ari said...

Rumah aku bersepah buku. Bukan Harry Porter though. How to Operate a Dryer pun ada. Mari la sini ambik.

Eh, Utopia kau dah pulangkan belum?

Tapi kau memang advance, aku tabik spring, toing! toing! toing!

At 11/12, walaupun kadang2 baca gak M&B, tapi aku masih dalam kemelut First Kiss series, still have one in my collection, Janice Boies' Right Boy, Wrong Girl, hehehe... cinta comel.

Sunti Suntilah Suntut said...

Aku dah pulangkan laaaa....
Pinjam dah tak baca....soooo aku!

Anonymous said...

pinjam ar harry potter tu...kedekut siot!

Anonymous said...

mills & Boon. :)
i've been reading that in year 1997. came along VC. Andrews.

-d0ne-

Anonymous said...

Good words.

 

design by suckmylolly.com