12 October, 2007

RINDU ITU DATANG LAGI

Last night, aku mimpi arwah nenek lagi. Terkejut, bangun, masuk toilet, menangis.

God I miss her.

Aku memang rapat dengan arwah nenek. Maklumlah, cucu pertama. Kalau balik kampung, aku mesti tidur dengan nenek. Tak boleh tidak! Berebut-rebut dengan Moksu aku. Dari kecik sampai dah besar panjang. Dah sekolah menengah pun nak tidur dengan nenek.

Aku memang spoilt habis. Masa dulu atuk ngan nenek aku motong getah jer. Tapi come raya, mesti ada beli baju untuk aku. Aku ingat lagi, masa tuh umur aku dalam 7 or 8 tahun. Usually, a week before raya, parents aku dah antar aku balik kampung dulu. Once, nenek ajak aku pegi Kajang. OK..ikut jelaa. Aku ingatkan arwah nak beli barang barang basah untuk raya. Sampai jer pasar Kajang, dia bawak aku gi area tempat orang jual2 baju.

“En nak baju mana satu?”

Huh? Bukan nak beli daging buat rendang ker? Aku tercengang-cengang.
Senyum, dia terus pilih sendiri baju, bayar, then balik rumah.
Sweeeeet! Sayangnya kat dia!

Tapi, macam biasa, bila mak aku balik kampung, tengok aku pakai baju baru, aku kena marah! Salah satu tuduhan melampau dia:

“Paksa nenek beli baju yek? Nenek mana ada duit nak belanja kamu jeer!”

Dan aku akan lari, menyorok bawah rumah, dan menangis.
Nenek mesti defend aku.

“Apsal nak marah budak tuh tak tentu pasal. Memang Mak nak belikan dia baju raya. Biarlah! Aku tak susahkan kau pun!"

Pujukan nenek yang paling aku ingat , until today.

“Dah, jangan nangis lagi, pedulikan singa betina tuh. Amik duit nih, pegi kedai, beli aiskrim.”

Aku rasa selamat.

1988. Sebelum aku berangkat ke sekolah berasrama penuh, (in which I spent 5 years of my miserable life kat dalam hutan) nenek masukkan sehelai kertas berlipat dalam beg sekolah aku.

“Apa tuh nek?”

“Dah sampai sekolah nanti En baca.”

I actually waited until malam, in the safety of my kelabu, only to read that piece of paper yang nenek sumbat dalam beg pagi tadi.

“TERITI DI PADANG YANG,
HINGGAP DI MENTAGI GAJAH,
NYAWA SI …… DAH AKU TEKAN,
LIDAH DAH AKU PATAH,
AKU MENGUCAP KERANA ALLAH TAALA”

Errkk…amemde nihh? Macam ayat2 mantera jer! Jampi serapah apa lak nenek bagi nih!
Hiiiisshh..tak berani aku. Kena kompom dengan nenek dulu!
Cuti semester, balik kampung, aku consult nenek aku pasal nota yang dia beri dulu.
KOMPOM!
Memang jampi! Kalau baca dengan betul dan yakin, orang akan jadi sayang dan lembut hati pada kita.
Tihihihihi…macam-macam la nenek nih!

“Apsal nenek bagi benda2 macam nih kat En?”

Nenek aku jawab:

“Sebab nenek tau En memang takkan percaya dan takkan amal punya”

“ Ehh…mana tau satu hari En TERpercaya, TERbaca, TERpakai, TERamal, macamana?”

“Macamana lagii…padan la dengan muka kau!”

Sengeh!

Fast forward to 1996. Summer break, Cardiff, Wales, UK.

“Nenek sakit tenat, she’s been mentioning your name…banyak kali. Balik ya!”.

The second my feet touches the familiar kampung ground, aku jadi lemah.

Nenek OK. Nenek OK. Nenek OK. Nenek OK. Nenek OK. Nenek OK.

Neneeekkkkk!!
Semua kabur!

She was stick thin. Muka cengkung, rambut putih jarang jarang, mata berkaca, bibir kering, dan perut yang membusung. Her essence emitted through her pores, dissipated to thin air. I barely recognized her.

Apa yang aku ingat lepas tuh, daily visit to UH, sleep kat UH every alternate day. Duduk sebelah katil dia, borak2, even though 90% of the time dia unconscious.

That fateful morning, aku baru sampai UH, tukar shift dengan auntie aku. Aku masuk dalam wad, jenguk nenek & my auntie, then went downstairs to get breakfast.
Tak lama, a few minutes jer. Bila aku naik balik, auntie aku dah ada kat luar wad, crying.

“En, nenek dah takde.”

Dia peluk aku. Aku still terpinga-pinga. Disbelief. Kuih karipap dan teh tarik yang aku baru beli tadi, aku buang dalam tong sampah. Dengan langkah longlai, I went to her bed, and there she was. Dead.

From that point onwards, everything seems to be moving at a speed of light. Dari jenazah dibawa pulang hingga ke pengkebumian.

Aku tak tau apa aku rasa exactly at that point of time. Marah, sedih, lega, empty.
Semua perasaan bercampur baur, buat aku sesak, sempit.

That day, I refuse to take part, physically and mentally.

Aku tak cium pun arwah sebelum di kapan.
Aku tak pergi ikut pun hantar jenazah ke kubur.

Aku tak boleh.

Esok Raya.

Visit to kubur nenek memang fix agenda every year. The living paying respect to the dead. Walaupun not necessarily hanya pada Hari Raya, tapi bagi aku yang pemalas dan jahil nih, Raya is the only time. I admit, aku bukan cucu mithali.

Tapi nenek selalu visit aku dalam mimpi, as and when. Not really sure, if it was truly her, in spirit, or just my subconscious memory of her.
She came in my dream often when aku tengah depress, risau, marah.

It’s not like aku obsessively fikir pasal arwah, lepas tuh malam termimpi-mimpi.
In fact, it’s the other way around. Bila aku teringat kat dia, sure tak mimpi. Tapi bila aku dah lama sangat lupa kat dia, tak pun bila aku lupa diri, sure mimpi arwah.

There was one time, aku dah baring atas katil, mata dah tutup. That time bila aku in the state antara sedar dan lena, I thought I saw a vision, and I felt the bed slightly bergerak. Macam ada orang bangun dari katil. Aku ingat laki aku yang bangun.

“Yang, nak gi mana? Yang? Nak gi dapur ker, amik air skali. Yang?’

No answer.

Bila aku paksa bukak mata, toleh kiri, laki aku tengah sedap berdengkur. Heemm…
Weirdly enough, aku tak rasa takut. Aku rasa satu macam familiarity yang comforting, yang mengingatkan aku pada arwah nenek. So, as usual, I got up, masuk toilet, and cried.

Nenek, En rindu kat nenek.

Enough said.

2 comments:

Anonymous said...

i know how it feels like ... i miss my wan and odang too .. mimpi diaorang.. cry with them .. bangun tido pon nangis lagi............

Sunti Suntilah Suntut said...

sedey siot!!

 

design by suckmylolly.com