Anda sesak?
Anda perlukan wang dengan segera?
Jangan gundah, jangan risau.
RM1000.00 akan diberikan kepada anda, percuma, jika anda memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
1) Lelaki
2) Warganegeri Melaka
3) Sudah berkahwin
4) Sanggup berkahwin dengan ibu tunggal yang miskin tanpa menceraikan isteri pertama.
Jika anda memenuhi syarat-syarat di atas, dan ingin mengemukakan permohonan, sila dapatkan borang di kaunter 2, Jabatan Khidmat Sosial, cawangan Durian Tunggal, Melaka.
.
.
.
.
.
.
.
Just in case korang tak paham:
RM1,000 nikah ibu tunggal
Oleh Amir Mamat
MELAKA: Lelaki di negeri ini yang sudah berkahwin bakal dihadiahkan wang tunai RM1,000 oleh kerajaan negeri jika memilih ibu tunggal miskin sebagai isteri kedua.
Langkah itu diharap dapat membantu golongan itu memulihkan kehidupan mereka yang selama ini tidak diberi perhatian.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, yang mencadangkan pemberian imbuhan itu, bagaimanapun menegaskan hadiah wang tunai itu mempunyai syarat tertentu seperti tidak menceraikan isteri pertama.
Katanya, langkah terbabit bukan menggalakkan lelaki berpoligami tetapi mengurangkan beban ibu tunggal yang selama ini hanya bergantung harap dengan bantuan kebajikan daripada pelbagai pihak.
Selain mendapat hadiah berkenaan, beliau berkata, mereka boleh memperoleh pahala daripada Allah swt kerana berkahwin dan membantu ibu tunggal miskin yang memerlukan belaian dan penjagaan seorang lelaki.
“Lelaki yang berhasrat berbuat demikian perlu mematuhi syarat tertentu seperti tidak menceraikan isteri pertama kerana dianggap terkeluar daripada tujuan program dilaksanakan.
“Perkara itu masih pada peringkat pertimbangan. Kerajaan negeri akan memutuskan mengenainya selepas perbincangan dibuat dengan beberapa pihak termasuk Jabatan Agama Islam Melaka, Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga serta Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya di sini, kelmarin.
Mohd Ali berkata, dalam usaha menangani gejala sosial seperti kegiatan seks luar nikah dan Mat Rempit, kerajaan negeri mempertimbangkan memberi hadiah serupa kepada belia yang mendirikan rumah tangga sebelum berusia 30 tahun.
Katanya, galakan seperti itu mampu membasmi gejala tidak sihat terbabit daripada berleluasa dan menggalakkan belia berkahwin pada usia muda.
“Ketika ini, ramai remaja perempuan dikesan melahirkan anak luar nikah yang mencemarkan kesucian Islam dan maruah diri serta keluarga.
“Ramai tenaga profesional di negeri ini mencadangkan kepada saya mengenai hal terbabit. Saya fikir ia baik untuk belia di negeri ini.
“Sebab itu kita sedia mempertimbangkan memberi insentif kepada belia yang berkahwin awal iaitu pada usia bawah 30 tahun supaya mereka mempunyai rasa tanggungjawab kepada keluarga,” katanya.
NOBLE KANNNNN.......
2 comments:
what d'f#@k!!!
cam sial...
Post a Comment