25 May, 2009

AH LAN WA SAHLAN!

Apartment aku ramai student / family yang berasal dari middle east.

Dulu masa study pun, ada gak bergaul dengan dendiorang neh...especially masa bulan Ramadhan. Heheh. Aku rajin pergi surau sebab diorang bagi makan,FREE, Arab cuisine! Seriously..orang2 Arab yang kaya nih, bersedekah, bagi makan free kat surau for the whole freaking month.I kid you not. The food was superbly delicious and banyak. Damn I miss the food! Damn aku dah lari dari tajuk!

Anywhooo...what I'm trying to say is, very interesting to see how ketaranya the difference in terms of attitude, the approach, pemahaman and pendapat antara 'Arab' dan 'Melayu'.

Misconception yang paling popular: Kalau orang Arab, mesti agama dia Islam. Samalah, kalau Melayu, mesti Islam. Awat lagu tuh? Kepala otak hang sama sempit ja dengan longkang depan mini merket kat rumah aku. Kurang tepat tuh babe. In fact jauh tersasar. Aku bagi example - Turkey. About 90% penduduknya menganut agama Islam, lagi 10% tuh kebanyakkannya adalah penganut Chritian. Macam kita kat sini. Melayu ada macam2 Melayu. Tidak semua Melayu tuh Islam. Aku ada kawan bumiputera Sarawak, bangsa Melayu, tapi agama dia apa ntah. Ada jerr Melayu yang lahir Islam, dah besar tukar agama.

Tapi yang paling menanah sekali....Melayu yang lagak dia lebih dari orang Arab! Wooohaa!!

Nih lagi satu misconception: Kalau ko bleh imitate orang2 Arab, ko memang terbaik! Minah...Bedah....sukati ko la kan nak tutup aurat ko whichever way you want. Tapi bila ko buat statement camneh: 'orang yang pakai tudung Munawarah or tudung Ariani tuh pahala dia kurang compared to orang yang pakai jilbab bijik mata pun tak nampak macam we all'!



Say What? Puhhlessseee! Dek Non, the reason why minah2 Arab tuh berpakaian begitu is because, tuh diorangnyer culture, pastuh negara diorang tuh berangin, berabuk pasir. haruslah cover matakaannnn.... Sama jer kalau pakai baju kurung dan bertudung bawal, janji cover apa yang dituntut oleh agama untuk cover. Blehh??



Lagi satu, orang kita, kalau solat mesti kena pakai telekong. Kalau tak pakai telekong solat tak sah ker? Setahu aku, as long as ko bersih, menutup aurat dan dalam wuduk, dah boleh solat dah.



Aku ingat lagi masa kitorang baru balik dari UK, kawan2 aku nak solat kat surau Central Market. Dah angkat wuduk, tukar pakai stokin bersih (diorang dah memang bertudung) and terus solat. Berkerut dahi makcik2 tengok kengkawan aku solat camtuh. Tak perlu terlalu rigid, sampai nak beribadat pun boleh jadi satu beban pulak. Chill makcik! Overseas lagi pelbagai style ko boleh lihat, obviously because berlainan mazhab. Boleh pitam makcik oii!



One thing aku notice, even kat apartment aku neh, bangsa Arab memang jaga solat dia. Sometimes when I reached home betul2 waktu azan Maghrib berkumandang and I witness coutless time, abang2 Arab yang kacak lagi harum neh dengan muka panik, berlari-lari anak, ke surau. Macam dah lambat sangat. Abang2 Melayu kita relax lagi, isap rokok, borak2.
Haihh...yang tabiat nih tak nak pulak diikut!!


*jejes kaann...*

Lagi satu, bila masuk atau keluar lift, mesti bagi salam. Tak kira arr dia kenal ko ke tak. Takde pulak diorang discriminate lelaki atau pompuan, kompom ko Muslim, dia akan ucap salam.
Orang Melayu kita, tak semua laa, jeling pun tak, senyum pun susah. Camna nak berdakwah camtu, PR lemah!

Bahasa Arab, bahasa terindah, and personally bagi aku, terpayah nak belajar. Form 1 sampai form 3 aku diajar Lughatul Arabia....fail memanjang!
Banyak untungnya kalau boleh membaca dan bertutur dalam bahasa Arab, most importantly, boleh faham Al-Quran.

Mak aku pernah cerita, bulan puasa a few years back, my mom & my sister pegi solat tarawikh kat satu surau. Imam surau nih imam muda, baru habis belajar kat Al-Azhar.
Sekali dia baca surah punya la panjang, siap menangis-nangis lagik. Ye laahh...dia paham apa dia baca. Jemaah kat belakang pun menangis gak...menangis tak tahan berdiri lama! Jemaah ramai senior citizen, lutut ada longgar, consider la skit kok ye pun ek!

Pastu ada jeerr insan2 Melayu yang shallow yang bertanggapan bahawa kebolehan berkomunikasi dalam bahasa Arab nih can be a reflection of how 'alim' or berimannya seseorang individu itu.
Ye ker? Maybe la kot. Kalau dah paham ayat2 Al-Quran, dah boleh tafsir maksud2 dan ajarannya,ultimately solat akan jadi lebih kusyuk dan tawadduk kan.
Tapi kalau setakat paham UMMI, ABI, ANA, ENTE, SYUKRAN, NAAM & LA, ko nak berlagak dengan Ah Meng or Lingam boleh arr. Menanah telinga aku dengar. Lagi nak claim diri sebagai ustaz or ustazah? Tak payahh....tak perlu masuk bakul angkat sendiri.

Dalam keghairahan orang kita meng'idolize'kan Bangsa Arab, sebenarnya depa neh very the keras kepala, giler degil, liat macam pedal ayam dan agak kasar dalam peradaban. Dia ajer yang betul. Adik aku kerja kat Emirates, tiap2 ari layan kaum2 diorang neh. Memang letih arr.
Ever wonder why Nabi2 & Rasul2 Allah di turunkan dikalangan dendiorang neh?
Haaaa...ponder. Fikir2kan dan selamat beramal....hehehe.

Moral of the story....ko Melayu ker, Arab ker, mix blood German sherperd ker (hanjing kan?), just stay true to yourself. Bak kata Nike - 'Don't imitate, innovate'!

4 comments:

renny said...

Aku sangat lah bersetuju dengan opinion ko ni. memang sealiran dengan pemikiran aku...(pastu pasal fail bahasa arab tu, sama lah kita)...

Anonymous said...

Free Food ...lama tak Morekh kan...
makan sambil terpegang tangan sesama lelaki ..Boley ???

Sunti Suntilah Suntut said...

Terpegang tangan atas dulang...tetiba tangan hilang bawah kain pelikat....boleyy??

katakbesar said...

hmm.. u cant be more right
- bangsa tak tentukan agama

 

design by suckmylolly.com