09 August, 2009

"Love is blind, but marriage restores its sight" - Georg C. Lichtenberg




" Pergaulilah isterimu dengan baik, sekiranya kamu benci kepada mereka, boleh jadi ada yang kamu benci itu Tuhan akan menjadikan kebaikan yang banyak padanya "
(surah An Nisa‘ ayat 19)

This year alone, at least 3 of my friends bercerai. Betrayal, money, infidelity...all sorts of reasons.

"Perbuatan halal yang paling dibenci oleh Allah ialah talak" (riwayat Abu Dawud)

Secara dasar, aku bukan pro perceraian. However, aku juga percaya yang takdir perjalanan hidup seseorang itu ditentukan oleh Tuhan. No matter how much you want save your marriage, or wishing otherwise, takdir dan ketentuan itu ultimately is in God's hand.

I don't know about you guys, but masa kursus kahwin dulu, aku banyak tidur than actually listening to what the Ustaz lectured. So, in an attempt to refresh my memory and enriching my knowledge, here is:

"Divorce 101 - Guidelines for Dummies" - Part 1

Apa itu cerai? Cerai tuh divorce la kaann....heh!
Bebas, lepas, terlerai dari ikatan perkahwinan apabila terlafaz perkataan talak, cerai atau seumpamanya.

Ada 5 rukun talak:

1) Orang melafazkan talak - meaning the husband laaa. Logik arr..tak kan kucing lak nak jatuh kan talak. Tak pun apahal laki jiran aku talakkan aku kan....harus la suami sendiri.

2) Tempat yang hendak dijatuhkan talak - meaning isteri laa. Giler ker ko Puad jatuhkan talak kat kereta kancil tuh?

3) Berkuasa ke atas talaq dan orang yang ditalaq - orang yang nak menjatuhkan talak ittew haruslah sedar sepenuhnya - mental (tak gila) dan fizikal (tak mabuk or high).


4) Lafaz talaq,tulisan atau isyarat yang semaksud - maknanya cerai itu boleh datang dalam bentuk verbal, written and/or yang sewaktu dengannya (e-mail, sms, chatting, blackberry, skype etc..etc....bleh?)

5) Niat menjatuhkan talaq ketika melafazkan perkataan sindiran yang bermaksud talaq - Harruusss....tak bleh cakap direct jer kann...nak kena berkias! Hape maksud & niat ko masa ko berpuisi bak A. Samad Said hari tuh? Yang penting niat!

No 4 & 5 tuh actually 2 types of lafaz talak - secara jelas & sindiran (mengada-ngada).

JELAS: Aku ceraikan kau dengan talak satu.

MENGADA-NGADA: Aku ceraikan kau dengan talak 405871!

MENGADA-NGADA X2: Berambus kau dari rumah neh, don't you ever ever jejak kaki ke sini lagi. Get lost! (the court will look for his niat masa dia ucapkan kata-kata hanjeng ini).



Ada 5 hukum talak:

Wajib - So, when does it become obligatory to dissolute a marriage. Bila takde jalan penyelesaian, and both families agress to it. Applies only to major problems yang boleh conflict with certain religious aspects such as akidah etc...etc..

Sunat - jika isteri berkelakuan tidak baik. What constitute tidak baik? Lu pikir la sendiri. Apa yang baik bagi aku, maybe tak elok bagi korang. So, tepuk dada tanya selera.

Makruh - jika suami ceraikan isteri yang baik tanpa alasan yang kukuh. Agak-agak kalau isteri terlupa nak buat kopi for breakfast unutk hubby boleh tak jadi alasan untuk bercerai? Hemmm....

Haram - jika suami menjatuhkan talak kepada isteri yang dalam keadaan nifas atau haid.

Harus - jika tiada lagi persefahaman hidup. Kalau kat Hollywood depa guna" irreconcilable differences" - sama jer maksudnya. Bila tengok muka masing2 pun dah nak muntah darah, maka haruslah hukumnya.


Ada 9 jenis perceraian:

1) Talak (dengan perintah mahkamah) - ko isi borang, buat permohonan kat mahkamah syariah untuk bercerai. Talak yang dilafazkan diluar mahkamah adalah satu kesalahan dan ia perlu dirujuk ke mahkamah untuk mengesahkan lafaz itteew..

2) Tebus talak (Khulu') - senang kata, the wife mintak cerai from hubby dengan syarat she has to pay him certain amount. Ideally, isteri pulang balik mahar (mas kahwin) kepada suami, but then again everything is open for negotiation, hubby boleh mintak lebih or kurang.
Tapi, suami pon boleh memohon khulu' kalau dia hasad dengki, tak nak jatuhkan talak dengan kerelaan diri sendiri. Can alsooo....

3) Ta'liq - ingat lagi tak, masa nikah dodulu...suami kena lafaz taklik kat wife. Biasanya kita guna standard Jabatan Agama Islam jer kan. Contoh, for Selangorian:

”Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya................... selama 4 bulan Hijrah berturut-turut atau saya dengan sengaja atau paksaan dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh masa tersebut padahal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu kepada Mahkamah Syariah dan apabila sabit aduannya disisi Mahkamah Syariah dan ia memberi kepada Mahkamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalaqlah ia dengan cara talaq khulu'.”

Ada jugak mereka2 yang genius, improvise lafaz ta'liq yang sedia ada dengan syarat2 dan terms diorang tersendiri. Wanita2 boleh mendapatkan cerai from the lafaz ta'liq itself.
Haruskan Bedah, kalau dah 4 bulan tak dapat nafkah zahir dan batin, menanah!! Kalau tak boleh bagi, lepaskan cara baik, biar Bedah carik suami lain...kaann... Jangan hilang macam biskut...tak baik tauu!

4) Tukar agama - self-explanatory. When either one of the couple change his or her religion, maka terbarailah perkahwinan ittew.

5) Anggapan kematian - This is the case whereby laki ko di presume dead.....ala2 laki ko dipercayai mati, body pon tak jumpa, mungkin dah dimamah harimau tak pon buaya.
Tak pon, kalau laki ko hilang di bawa angin bayu, selama 4 tahun, takde apa2 berita, dah hire PI, carik merata2 pon tak jumpa. Maka boleh laa ko Peah mohon pengesahan perceraian gitteww...

6) Li'an - li'an neh is actually dimana suami, bersumpah, dlm court sebanyak 4 kali, menyatakan yang si isteri telah berzina dengan orang lain, or menafikan kandungan isteri adalah kepunyaannya. Bila proses Li'an neh sah & completed, maka terbubarlah marriage itu. Cannot rujuk also. Berat nehh...


7) Ila' - berlaku when the husband bersumpah dengan nama Allah, tidak mahu bersetubuh dgn wife selama 4 bulan atau lebih.

Ila' haram dilakukan kerana ia memudaratkan isteri. Jika suami berila' tidak menyetubuhi isterinya sehingga tamat tempoh ila’, maka gugurlah talaq bain ke atas isterinya sebab zalim tuhh...ingat pompuan takde nafsu ker! Walau bagaimanapun,perceraian dengan sebab ila' hendaklah dirujukkan terlebih dahulu ke Mahkamah Syariah.
Jika suami melanggar sumpahnya dengan menyetubuhi isterinya sebelum cukup empat bulan atau lebih (kes gatal anu) maka dia wajib menbayar kifarah yamin:

a) Memberikan makanan yang mengenyangkan kepada 10 orang miskin, secupak seorang.
b) Memberikan pakaian yang menutupi aurat kepada 10 orang miskin, sepasang seorang.
c) Memerdekakan seorang hamba (muslim)

Jika suami tidak mampu melakukan salah satu daripada perkara di atas maka wajiblah dia berpuasa 3 hari,sebaik-baiknya berturut-turut.

8) Zihar - when the hubby samakan isteri dengan mak dia, bukan memuji, tetapi dengan cara yang sangat grotesque dan keji, maka cannot bersama lor!
In the olden days, men use zihar to bercerai dengan bini depa. La neh, tak buleh dah. Sebenarnya zihar ini adalah satu pernyataan kinayah untuk tidak menyetubuhi isteri. Perbuatan zihar hukumya haram dan si suami dikira berdosa kerana mengharamkan yang halal.


9) Fasakh - Fasakh ialah perceraian yang dipohon samada oleh isteri atau suami dengan kebenaran oleh hakim Mahkamah Syariah disebabkan oleh alasan2 yang dibenarkan oleh hukum syarak iaitu:


Suami tidak diketahui(ghaib) selama tempoh melebihi satu tahun.
Suami cuai menyediakan peruntukan nafkah selama tiga bulan atau lebih.
Suami dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih.
Suami tidak menunaikan nafkah batin selama tempoh satu tahun.
Suami mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak mengetahui perkara itu sebelumnya.
Suami telah gila selama tempoh dua tahun,mengidap penyakit kusta, vitiligo, atau penyakit kelamin yang berjangkit.
Isteri yang telah dikahwinkan oleh walinya sebelum mencapai usia 16 tahun, lalu menolak perkahwinan itu sebelum berumur 18 tahun dan masih belum disetubuhi suaminya.

Suami telah menganiaya isteri dengan cara:
menjadikan isteri hidup menderita
berkawan dengan perempuan jahat atau hidup berperangai keji
memaksa isteri hidup secara lucah
melupuskan harta isteri atau menyekat hak isteri terhadap hartanya
menghalang isteri daripada menunaikan kewajipan dan amalan agama
tidak adil kepada isteri-isteri(poligami)
Suami dengan sengaja enggan meyetubuhi isteri dalam tempoh empat bulan.
Perkahwinan tanpa izin isteri atau izinnya tidak sah disebabkan oleh paksaan,kesilapan, ketidaksempurnaan akal,atau alasan lain yang diakui oleh Hukum Syarak.
Apa-apa alasan yang diiktiraf sah bagi membubarkan perkahwinanan menurut hukum
syarak.

Pergghhh......banyak tuh..tak cukup lagi?


Kita berehat sebentar, untuk beri laluan kepada teh tarik, kuih karipap & ketayap di depan mata neh masuk ke mulut dan seterusnya ke perut.


KITA SAMBUNG DALAM SIRI KE 2......

2 comments:

Anonymous said...

Lovely Documentary sangat...
Eye Opener (boleh bukak tin sardin)

sebagai mangsa penceraian bertubi tubi...saya sarankan perkahwinan sesama jenis dihalalkan....kat neraka ..BLEY ?

Sunti Suntilah Suntut said...

pitammmm!!!

 

design by suckmylolly.com