05 June, 2009

SCHOOL TRIP NAANN ADDOOO......!



Hai! Ini Dinie cakap.

Pada hari Sabtu yang lepas, saya dan kawan-kawan pergi mengikuti rombongan sekolah ke Pusat Sains Negara dan Taman Burung.
Saya bangun awal pagi itu. Saya mahu breakfast MacDonald tetapi mama tak bagi. Dia membebel "tiap-tiap hari MacDonald, tiap-tiap hari MacDonald, mana boleh!".
Selepas saya siap, saya kena tunggu mama dan bapak saya pula bersiap. Memang leceh betul!

Sebenarnya mama dan bapak saya telah di suruh oleh nenek saya supaya mengikut saya dalam school trip ini. Nenek saya sangat risau akan keselamatan dan kesihatan saya. Jadi, dia telah menyuruh mama dan bapak saya ikut bas saya. Saya sebenarnya tak kisah pun. Saya lebih suka jika parents tak ada, tapi tak apalah.

Sebelum ke sekolah, nenek suruh kami singgah rumahnya dulu. Rupa-rupanya nenek sudah membuat sandwich untuk saya. Sayang nenek!
Sampai di sekolah, ada 10 bas semuanya. Bas saya bas B. Saya sangat gembira dapat naik bas.

Ini kawan baik saya. Nama dia Shahida. Dia orang Jawa.



Ini pula kawan-kawan lelaki saya.





Mintak maaf sebab saya tidak ada gambar ketika di Pusat Sains kerana saya tertinggal kamera dalam bas. Mama saya marah saya tetapi hendak buat macamana, saya terlupa.
I had so much fun! Say cuba bermacam-macam eksperimen di Pusat Sains ini. Memang seronok.
Dari Pusat Sains Negara, kami semua pergi ke Masjid Negara untuk solat Zohor dan makan tengahari. Cikgu beri kami makan nasi dan ayam masak merah. Memang tak sedap, tapi saya makan juga. Mama dan bapak saya sudah pergi makan di tempat lain. Mereka janji akan berjumpa saya di Taman Burung nanti.

Sesudah makan dan solat, kami pergi ke Taman Burung pula. Pada mulanya saya rasa macam pernah datang ke sini. Oh yee..mama dan bapak saya pernah bawa saya makan di restoran di Taman Burung ini. Namanya adalah Hornbill Restaurant. Memang best.

Mama ambil balik kamera dari saya. Katanya, jika saya tak guna, no point saya simpan dalam bag. Gambar ini mama yang snap. Cheeesseee.....cake!



Ini gambar saya dengan bapak saya. Mama cakap bapak saya seorang yang terlalu confident. Dia dengan selamba dan beraninya memakai t-shirt Celine Dion mama saya. Sabar ajer la.



Kali ini, mama dan bapak tidak masuk bersama saya dalam bird park. Yes!!
Mereka janji untuk jumpa saya semula di sekolah petang nanti. Saya dan kawan-kawan really enjoy, memang best sangat.
Saya sampai semula ke sekolah pada pukul 6 petang. Mama dan bapak saya menjemput saya. Sebelum pulang ke rumah, kami singgah rumah nenek dahulu. Kemudian bapak membawa kami makan malam dan akhirnya balik rumah.
Saya sangat letih tetapi saya rasa happy dan kalau boleh saya hendak ikut school trip lagi.

Sekian sahaja untuk kali ini. See ya!

2 comments:

Anonymous said...

Confident...Ko ader tak Baju Mariah Butterfly .. tengok ..Confident tak dier Pakai ...

Sunti Suntilah Suntut said...

Peah, laki aku memang confident tahap diva. Jangankan baju Mariah Butterfly, baju dalam pun dia berani sarong!

*Do you think I'm sexy?*

 

design by suckmylolly.com