A few months ago, I pierced my nose. Yup!! It's just one of my impulsive, lunatic, on the spot decision kinda thing. The three of us, hubby, daughter and I jalan-jalan kat Plaza Masalam, Shah Alam. Then I caught the sight of a piercing stall near the escalator (byk lagi benda lain aku boleh notice, apsal piercing stall?).
Out of the blue, I went and asked my hubby the one million dollar question:
"Yang, kalau I nak pierce my nose boleh tak?".
"Sure, go ahead, kalau you berani." Replied my husband.
Kalau I berani? Is that a challenge? Pantang aku kena cabar! OK, let's do it Noen. Without second thought, I walked straight to the piercing booth and made my enquiries.
"Leng looi, kalau I nak pierce nose, how much arr?".
"Haiyyaa...cheap only..Rm8.00. Lu mau kaa?". Minah cina tokey kedai pandang aku, pandang hubby aku, pandang anak aku.....KENAPA? TAK PERCAYA KEERR..
"OK, saya nak pierce hidung sebelah kiri. Sakit tak?" hehhee...tetiba lak cold feet.
"No laarr...rasa macam kena cubit sajerr".
Ye laa tuhh...ko pernah kena cubit dengan mak aku? Bisa sampai buah pinggang! 2 minggu pun belum tentu hilang lebam tau! I turn around and saw my hubby AND my daughter berbisik and then sengeh sampai ke telinga. Mengumpat aku la tuh! Hmmphh...like father like daughter!
"Mau ka tak mau?".
Hisshh...amoi nih nak kena pelempang jepun aku agaknyerr, sabar laaa!
"OK. You kasi tanda dulu. Nanti you salah aim, tertembak lubang lain plak. Then I have to sue you!".
Sengeh plak amoi nihh..Dia pun amik marker and mark hidung aku.
That's it. No turning back. Amoi tokey kedai prepare her tools: spray (to numb the desired piercing area), gloves, piercing pistol, nose stud and tissues (babi laa..mesti dia ingat aku nak nangis!).
Mula-mula, she sprayed my left nostril, must always look down, pause breathing for a few seconds, kalau terinhale boleh pengsan beb! Pastu, dia attached nose stud kat pistol and aim...FIRE!!
Aikk...itu jer keerr...anti climax betul! Tak sakit pun!!
"Haaaa...I told you rite....tak sakit punyaaa...macam kena cubit sajerr."
Cubit cibai lu. Aku cubit kang!
"Memang tak sakit. Nih berapa hari tak bleh kena air? Bila bleh ganti stud? You ade design lain tak? Klau infection camne?".
Haaaa... ko jawab sekarang.....kalau tak jawab aku cubit!
Amoi pun bagi ceramah kat aku - tak kisah kalau kena air, tapi make sure keringkan betul-betul. Give it 24 hours, pastu dah bleh tukar stud yang lain. But baru baru nih kalau bukak, mesti cepat pasang balik, daging hidung cepat cantum, nanti tertutup plak lubang. Kalau infection, jangan jumpa dia, jumpa doktor. Ehh..melawak dia! Whattajoke!
Aku purchase dua pasang stud lain, esok nak ganti.
"Yang, amacam, OK tak? Dik, Ok tak?" Seeking approval from the professional judges.
Anak aku punya reply memang best.
"Ma, macam teacher Dinie kat school, teacher Komathi, dia pun ada tindik kat hidung!".
Adusss...sentapnyerr!!!
Laki aku...tak ingat punyer gelak....macam lanun jumpa harta karun..MUAHAHAHAHA!!!
Takpeee...takpeee...gua tak kisaahh!! Gua rasa gua nampak kewl! Leonardo Da Vinci believed that the nose set the character of the whole face. The new stud definitely add to my character, beri aku branding baru - HOT MAMA!
For the next few months, aku rasa sangat bergaya dan confident dengan nose stud aku. Aku menjadi bahan gosip terbaru di office especially di kalangan kaum India. Big bos aku Indian lady, even dia pun datang jumpa aku, checking out my nose stud. Kelakau!!
Kakak-kakak besar kat office, sampai juling bijik mata menjeling hidung aku! Apsal, jeles ker?
Parents aku tak kisah pun. Aku ingat bila mak aku nampak hidung aku dah bercucuk besi macam lembu, sure kena cubit, tak pun kena lecture sampai cair taik telinga. Weirdly enough, diorang kewl! Cuma pesan bapak aku, bila amik wuduk, make sure air kena kat piercing area, kalau tak, wuduk tak sah. hehehhehe....sentap lagi!
Last week however, aku terpaksa membuat keputusan yang agak syahdu. A letter from Kementerian Pendidikan Hulu Langat sampai ke tangan hubby aku, mentioning on the acceptance of my daughter to a primary school kat sini and kena gi buat pengesahan kat sekolah berkenaan in August.
Apa relevant surat nih dengan nose stud aku?
Let me tell you this. Anak aku currently sekolah kat Smartreader Kids (pre-school). Cikgu-cikgu dia termasuk dengan principal dia sekali memang best! Memang kewl! Setakat tindik hidung nih memang tak heran laa!
However, alam sekolah rendah lain skit. Cikgu-cikgu dia can be very ignorant, mean and inconsiderate all at the same time. Gila old school. Nama jer cikgu, tapi tak cukup ilmu.
Macamana aku bleh dapat conclusion nih. Makcik aku hantar anak dia kat sekolah yang sama dengan sekolah yang anak aku akan enrole nih. Pada satu hari yang sial, ustazah sekolah tu pesan kat anak makcik aku:
"Sesiapa yang tak pakai tudung nanti masuk neraka. Cakap kat mak awak tau."
Budak nih balik rumah menangis. Ustazah told everybody in the class that my auntie will go to hell because dia tak pakai tudung.
What the fuck??
Tuh baru tudung belum tindik hidung lagi!!
Jadi, aku telah mengambil keputusan untuk korbankan nose stud aku.
Aku tak nak anak aku ditindas di sekolah oleh cikgu-cikgu yang moronic macam nih.
Aku tak nak anak aku di outcast kat sekolah because the mother ade nose stud.
Aku tak nak disebabkan aku, anak tak boleh belajar dengan tenang. Hak dia. Aku mesti beralah.
Hey, guess what? I've also decided that on the day of registration, I will wear baju kurung with tudung.
Hypocrite? You think? So What?
27 July, 2007
I Miss My Stud...tsk..tsk..
Posted by
Sunti Suntilah Suntut
at
8:36 am
5
comments
Labels: jiwa kacau
25 July, 2007
SOUNDS FAMILIAR?
Posted by
Sunti Suntilah Suntut
at
4:13 pm
2
comments
Labels: jiwa kacau
23 July, 2007
"ANGER OPENS THE MOUTH AND SHUTS THE MIND" (ntah sape punya ayat ntah!)
Bezanya kali nih, dia terus melenting!
Aku fikirkan Dinie yang duduk kat seat belakang. Aku selagi boleh tak mahu bertelagah depan anak....selagi boleeehh...
"Ada masalah ke?" Aku tanya, baik-baik.
Response dari Dato' H.
"Blablablabla..yadayadayadaa..etc..etc.."
He was mumbling something, sorry..many things...in some kind of foreign language yang aku tak faham, Jawa bukan, Mengkulu bukan, German pun bukan! Amende lu mamat? Apa yang lu merepek nih? Dah buang tebiat ker? (aku cakap dalam hati).
Sampai parking lot, keluar kereta dan berjalan balik rumah, tangan kanan bawak beg rotan anak, tangan kiri bawak make-up purse. Sepanjang perjalanan dari kereta ke pintu rumah, (adalah dalam 100 meter) he did not stop mumbling. Tolong laa jangan telan suara...keluarkan...relax your vocal chord, ambik nafas dalam-dalam...CAKAP PROPERLY..bleehh?? (aku cakap dalam hati).
By the way, aku duduk rumah flat 4 tingkat, rumah aku kat tingkat satu. Tak susah nak cari yang mana satu sebab pintu rumah aku specification dia berbeza daripada pintu rumah orang lain, istimewa. Rumah yang aku duduk sekarang nih rumah parents aku, aku kira macam sewa dengan diorang, sementara menunggu rumah aku siap. Kalau aku tak duduk situ pun, parents aku akan sewa kat orang lain, baik anak sendiri yang duduk, ye tak? (Ma & Pa, thank you...thank you..).
So, sampai depan pintu, unlocked the door, aku suruh Dinie masuk dulu. Lepas tuh aku tutup balik pintu.
"Pehal? Awak nih apa kes?".
Baik-baik aku tanya....tapi aku tau muka aku tak mungkin dapat sorokkan perasan jengkel, menyampah, fed-up, tension yang membuak-buak dalam dada.
"I malas nak jawab soalan you, I nak pergi minum, rumah nih panas!".
Apa?? Cuba ulang balik? (aku cakap dalam hati, letih dah hati aku bercakap!).
Seingat aku, masa aku nikah dengan Dato' H dulu, umur dia dalam I/C 30 tahun, kenapa sekarang aku rasa macam tengah deal dengan budak 15 tahun.
Naahhh...exactly at this point, this very moment, aku boleh rasa darah aku menyirap naik dari hujung jari-jemari kaki aku yang tembam, sampai ke hujung rambut aku yang pendek. Tangan dan bibir aku mula menggeletar.
"Apa lancau you nih! I cuma tanya you one fucking simple question, itu pun nak marah-marah? Palat aarr!! Kalau tak boleh bayar, ade masalah, cakap elok2 tak boleh? Susah sangat ker? I dah penat nak layan kerenah you yang macam budak tak cukup akal nih...etc..etc..."
Aku betul-betul Blow! Big time!! Grandmother grandfather story semua aku korek, bongkarkan depan mata! Segala yang aku pendam, diam, pejam selama nih aku punggah dan lambak. Make-up purse yang aku genggam dari tadi tiba-tiba dah terbang ke dada Dato' H. Opss...reflex!!
Dato' H tersentak. Dia dalam keadaan macam nih, as expected, akan avoid confrontation (tau dia mesti kalah) and lari. But this time around ......he literally lari...as in lari laju-laju...
as in "RUN FOREST..RUN...!!"
Pelik? Tak cukup pelik lagi....
YANG AKU PERGI KEJAR DIA PULAK APA PASAL???
Korang boleh imagine...2 adults...waktu Maghrib....di kawasan rumah flat....berkejar-kejaran??
Pada waktu tuh, otak aku memang dah tak functioning lagi..semua bahagian badan bergerak dalam keadaan separa sedar. Agak jauh jugak aku kejar Dato' H. Bila aku terasa tapak kaki aku sakit kerana terpijak batu-batu kecil kat tepi badminton court, aku tersentak sendiri.
Apasal aku lari tak pakai selipar nih? Ehh...Apasal aku lari?? Amendee niihh.....adooii....have you lost your freaking mind Noen?
Ko nak lari, larilah badut...aku balik rumah duluu...
Pelik tengok gelagat aku, anak aku bertanya, "Mama OK?".
"OK sayang, you lukis apa tuh?" Apa lagi, cepat-cepat tukar topic. Layan anak aku lagi best!!
About 30 minit macam tuh, Dato' H ketuk pintu.
Hemmm...nak bukak pintu ker tak nak....bukak ker taak...aku contemplating sensorang. Takpe, bukak pintu jer, jangan bukak grill dulu! Bukan apee...precaution!
Bismillahirrahmanirrahim....
The minute Dato' H nampak muka aku, dia terus menangis....tersedu-sedu...sampai terduduk, melutut, mintak maaf kat aku.
PFFFTT.......JANGAN HARAPLAAA......
What really happen was, the minute we saw each other's face, immediately the both us gelak macam orang baru menang lottery! Wahhahahaha...hehehehehhee...kekekekekee...
"Amacam....puas lari??" Aku tanya.
"Dah, puas." Jawab Dato' H ringkas.
"Mama..Bapak...silent please...Dinie nak tengok TV!" Anak aku mencelah.
Later that night, we had a looonnnggg talk....I mean really really loooonggg talk. Dato' H can really talk if he wants to! Penat gak nak layan! We manage to sort out a few things. Banyak lagi yang masih terbarai. Hemm..letih..memang letih...hadap jer lahh.
Aku rasa, tak keterlaluan jika aku katakan, aku nih boleh diibaratkan seperti bomb bergerak. Bukan sebab muka atau bontot aku yg semakin membulat macam bomb, tapi aku boleh meletup at anytime if mishandled. So, aku sekarang harus belajar untuk releasekan all the negative energy slowly rather than simpan dalam diam. Harap-harap, dgn aktiviti mem'blogging' nih, boleh menjadi outlet utk aku melampiaskan apa-apa yang patut. InsyaAllah..
Pelakon utama wanita: Ms Neon
Posted by
Sunti Suntilah Suntut
at
1:56 pm
9
comments
Labels: jiwa kacau
20 July, 2007
SENTAPNYEEEEE.......
Satu hari minggu, lepas lunch kat rumah atuk aku, tengah duduk relax depan TV, bapak aku tanya kat kitorang tiga beradik.
"Kamu semua ni sombong tak?".
Dengan defensivenya kitorang menjawab.
"Mana ada sombong...kitorang ramah aper. Ramai kawan, kalau bertembung dengan orang yang kitorang kenal, mesti sapa. Yang tak kenal pun kengkadang tegur jugak!"
Bapak aku senyum jer.
"Kamu SOMBONG dengan ALLAH. Jarang sangat dah sekarang nih papa nampak kamu solat. Cuba dekatkan diri dengan ALLAH. Tegur, sapa dan beramah denganNya. Tak rugi, malah dapat untung lagi."
Terdiam.
Sentap.
Posted by
Sunti Suntilah Suntut
at
1:24 pm
4
comments
Labels: jiwa kacau
ADA APA DENGAN KOPI...
Hanya kerana secangkir kopi - berpisah
Hanya kerana secangkir kopi - mati
Hari ini aku tergerak hati nak dedicate lagu ni kat kawan aku, yang sedang mengharungi saat-saat getir dalam hidupnya.
Kau dah usaha, sekarang masa untuk kau tawakal dah berserah kepada Allah. Let Him do his job.
Posted by
Sunti Suntilah Suntut
at
10:31 am
3
comments
Labels: jiwa kacau

