Bezanya kali nih, dia terus melenting!
Aku fikirkan Dinie yang duduk kat seat belakang. Aku selagi boleh tak mahu bertelagah depan anak....selagi boleeehh...
"Ada masalah ke?" Aku tanya, baik-baik.
Response dari Dato' H.
"Blablablabla..yadayadayadaa..etc..etc.."
He was mumbling something, sorry..many things...in some kind of foreign language yang aku tak faham, Jawa bukan, Mengkulu bukan, German pun bukan! Amende lu mamat? Apa yang lu merepek nih? Dah buang tebiat ker? (aku cakap dalam hati).
Sampai parking lot, keluar kereta dan berjalan balik rumah, tangan kanan bawak beg rotan anak, tangan kiri bawak make-up purse. Sepanjang perjalanan dari kereta ke pintu rumah, (adalah dalam 100 meter) he did not stop mumbling. Tolong laa jangan telan suara...keluarkan...relax your vocal chord, ambik nafas dalam-dalam...CAKAP PROPERLY..bleehh?? (aku cakap dalam hati).
By the way, aku duduk rumah flat 4 tingkat, rumah aku kat tingkat satu. Tak susah nak cari yang mana satu sebab pintu rumah aku specification dia berbeza daripada pintu rumah orang lain, istimewa. Rumah yang aku duduk sekarang nih rumah parents aku, aku kira macam sewa dengan diorang, sementara menunggu rumah aku siap. Kalau aku tak duduk situ pun, parents aku akan sewa kat orang lain, baik anak sendiri yang duduk, ye tak? (Ma & Pa, thank you...thank you..).
So, sampai depan pintu, unlocked the door, aku suruh Dinie masuk dulu. Lepas tuh aku tutup balik pintu.
"Pehal? Awak nih apa kes?".
Baik-baik aku tanya....tapi aku tau muka aku tak mungkin dapat sorokkan perasan jengkel, menyampah, fed-up, tension yang membuak-buak dalam dada.
"I malas nak jawab soalan you, I nak pergi minum, rumah nih panas!".
Apa?? Cuba ulang balik? (aku cakap dalam hati, letih dah hati aku bercakap!).
Seingat aku, masa aku nikah dengan Dato' H dulu, umur dia dalam I/C 30 tahun, kenapa sekarang aku rasa macam tengah deal dengan budak 15 tahun.
Naahhh...exactly at this point, this very moment, aku boleh rasa darah aku menyirap naik dari hujung jari-jemari kaki aku yang tembam, sampai ke hujung rambut aku yang pendek. Tangan dan bibir aku mula menggeletar.
"Apa lancau you nih! I cuma tanya you one fucking simple question, itu pun nak marah-marah? Palat aarr!! Kalau tak boleh bayar, ade masalah, cakap elok2 tak boleh? Susah sangat ker? I dah penat nak layan kerenah you yang macam budak tak cukup akal nih...etc..etc..."
Aku betul-betul Blow! Big time!! Grandmother grandfather story semua aku korek, bongkarkan depan mata! Segala yang aku pendam, diam, pejam selama nih aku punggah dan lambak. Make-up purse yang aku genggam dari tadi tiba-tiba dah terbang ke dada Dato' H. Opss...reflex!!
Dato' H tersentak. Dia dalam keadaan macam nih, as expected, akan avoid confrontation (tau dia mesti kalah) and lari. But this time around ......he literally lari...as in lari laju-laju...
as in "RUN FOREST..RUN...!!"
Pelik? Tak cukup pelik lagi....
YANG AKU PERGI KEJAR DIA PULAK APA PASAL???
Korang boleh imagine...2 adults...waktu Maghrib....di kawasan rumah flat....berkejar-kejaran??
Pada waktu tuh, otak aku memang dah tak functioning lagi..semua bahagian badan bergerak dalam keadaan separa sedar. Agak jauh jugak aku kejar Dato' H. Bila aku terasa tapak kaki aku sakit kerana terpijak batu-batu kecil kat tepi badminton court, aku tersentak sendiri.
Apasal aku lari tak pakai selipar nih? Ehh...Apasal aku lari?? Amendee niihh.....adooii....have you lost your freaking mind Noen?
Ko nak lari, larilah badut...aku balik rumah duluu...
Pelik tengok gelagat aku, anak aku bertanya, "Mama OK?".
"OK sayang, you lukis apa tuh?" Apa lagi, cepat-cepat tukar topic. Layan anak aku lagi best!!
About 30 minit macam tuh, Dato' H ketuk pintu.
Hemmm...nak bukak pintu ker tak nak....bukak ker taak...aku contemplating sensorang. Takpe, bukak pintu jer, jangan bukak grill dulu! Bukan apee...precaution!
Bismillahirrahmanirrahim....
The minute Dato' H nampak muka aku, dia terus menangis....tersedu-sedu...sampai terduduk, melutut, mintak maaf kat aku.
PFFFTT.......JANGAN HARAPLAAA......
What really happen was, the minute we saw each other's face, immediately the both us gelak macam orang baru menang lottery! Wahhahahaha...hehehehehhee...kekekekekee...
"Amacam....puas lari??" Aku tanya.
"Dah, puas." Jawab Dato' H ringkas.
"Mama..Bapak...silent please...Dinie nak tengok TV!" Anak aku mencelah.
Later that night, we had a looonnnggg talk....I mean really really loooonggg talk. Dato' H can really talk if he wants to! Penat gak nak layan! We manage to sort out a few things. Banyak lagi yang masih terbarai. Hemm..letih..memang letih...hadap jer lahh.
Aku rasa, tak keterlaluan jika aku katakan, aku nih boleh diibaratkan seperti bomb bergerak. Bukan sebab muka atau bontot aku yg semakin membulat macam bomb, tapi aku boleh meletup at anytime if mishandled. So, aku sekarang harus belajar untuk releasekan all the negative energy slowly rather than simpan dalam diam. Harap-harap, dgn aktiviti mem'blogging' nih, boleh menjadi outlet utk aku melampiaskan apa-apa yang patut. InsyaAllah..
Pelakon utama wanita: Ms Neon
9 comments:
Muahhhhahahhaha very funny...kau ni memang suka adengan2 yang melampau...apa kata kau citer pasal BCBB tu..hahahah
Wow! Terlekat aku kat depan computer ni baca drama swasta minggu ini... aku boleh imagine adegan kejar mengejar tuh...
"pasir putih tepi pantai...
ombak saling berkejaran...
kau lari aku mengejar...
bla bla bla bla..."
(Lagu Asyik dari Amelina)
Hahahahahahahaha! Ko buat aku tergelak sorang2 macam org gila dalam bilik malam2 buta ni tau tak? Dah lah anak aku dah tido.
Heehehehehehehehehehehehehehehehehheheheheehehehehehehehehehehehehehe!
Ko senget lah En..... hik hik hik! Macamana two consenting adults (in a marriage) boleh kejar mengejar macam tuh?
Isk isk isk, damn man, I would actually pay money to have a look at your face at that time. Berapa pun aku sanggup.
Aku tunggu gak posting "Suatu Petang di BCB (now CIMB) Brickfield". Tapi tak muncul lagi. Aku bersabar.
En, cut out the physical violence. I mean it.
Susan,
dangdut?? damn!
"Kupukupunya cinta...
Kupunyakupunya rindu..."
ewahh!!
Lady who lunches & Mish,
Weii...running & kejar mengejar mana violent...sport aper...
CIMB (Chimpeng aarr) will have to wait..kena tunggu mood yang sesuai baru boleh cerita... : )
Wohooo!!
Drama swasta sungguh!!! Banyak hikmah dia... kalau selalu jadi camtu... cepat le korang slim!! Pecut beb!! Pecut separa sawan!! Hahahahahaaaa....
FirValeGarbage
"Slalu pecut kejar anak main kat jalan depan rumah... bahaya... ayah... babap kang!!.."
FirValeGarbage,
Betol gak kaann...cepat skit slim..
Ponder...ponder...
Cepat Ennn!!
Cereka BCBB lak!! Lepas ni nko copyright buat skrip. Jual kat Datuk Pak Haslam. Sure dia amik Jalaluddin Hassan jadi Datuk H!!!
FirValeGarbage
"Aku suka Kazar & Razak Ahmad. Shooting ngan set-set tu sure pecah perut... on & off the set."
Bodo la cerita ngkau nih, aku dalam sedih pun boleh gelak! Dalam gelak pun aku tumpang sedih! Sebab aku memang sedih kot. Okay, this time aku yang bodo. Kalau aku tulis the chronicle kau dgn Dato' H ni, boleh jadi drama beratus-ratus siri, kalah Sembelit.
Kesian Bedul.
Ari,
memang kesiann...
kat Bedul...selalu jadi mangsa...
Ekor dah laa panjang, pastu suka nak parking merata-rata..tak pasal2 kena pijak...
-Janganla sedih bodo... : (
Post a Comment