AKU MAHU BERKATA
Aku hilang kata
lebat tuduh basahku seluruh
kenapa digugah tiang percaya?
Ke manalah makna
prasangka membanjir
kasih tercicir
Di rakit rasa
hanyutku lara
di renyai reda
kau menagih makna
tenanglah minda
aku mahu bicara
“Aku
inilah aku yang dulu
tertambat aku di jeti cinta tua
lumut kasih tak kukikis
aku masih di perahu setia
pantang bocor takkan hancur
jika robek jua lantai mesra
jangan kau selamatkan aku lagi
jangan…”
Hasimah Harun
Kuala Lumpur, 15.07.03
23 December, 2009
Thanks to Yen, I fell head over heel with this poem.
Posted by Sunti Suntilah Suntut at 9:20 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Hahaha... hidup ni, kengkadang, rasa sikit tenang, bila ada orang lain (yang takde kena-mengena) pun rasa benda yang sama.. kan?
bake with yen kat taman mayang ?
bake pookie cookies....yummy!
Deep...
Post a Comment